Monday 11 August 2014

Bayi G6PD dan set penyusuan Ibu Shaklee

Sudah lama rasanya saya tak up date blog. Maklumlah, minggu yang paling sibuk...bulan raya... 


Tapi hari ini belajar sesuatu yang baru. Terima sms dari seorang ib bertanyakan set penyusuan bagi anaknya yang mempunyai g6pd. Jadi terus membuat penyiasatan tentang G6pd defiancy ini.

Buat ibu- ibu yang mengalami situasi yang sama, 'g6pd deficiency' bukanlah suatu yang anda perlu risaukan, Namun anda dan family cuma perlu lebih berhati- hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang tertentu, bagi mengelakkan berlakunya 'krisis'.

Apapun, kita semestinya bersyukur kerana sekarang sudah terdapat banyak pendedahan umum dan penyelidikan bagi golongan 'g6pd defiency' ini.Malah setiap ibu yang anaknya disahkan terlibat pasti akan mendapat penerangan lebih terperinci bersama pamplet G6PD sebelum dibenarkan keluar ward.
Set Penyusuan Bagi ibu yang mempunyai anak G6PD Deficiency:
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP
Set Penyusuan Bagi G6pd Defiancy

Apa itu 'G6PD defiency'??
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah Gejala/Tanda-tanda G6PD Deficiency??

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus.

- Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad sekurangnya 5hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

++ kelihatan pucat
++ tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
++ pening
++ degupan jantung yang laju
++ sukar bernafas
++ sakit dada
++ Akibat daripada hemolisis

Jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Bahanyang boleh Menyebabkan Hemolisi

sumber:

1. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/kekurangan-enzim-g6pd
2. Shaklee Malaysia
3. http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui:

Mazilawati Maaroff
 (Shaklee ID 1079900)
call/sms/whatsapp:012-246885
atau email di mazilawatimaaroff@gmail.com

No comments:

Post a Comment