Friday 15 August 2014

Cara Merawat Eczema

APA ITU ECZEMA?


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkankeresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

GEJALA-GEJALA ECZEMA

Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

APAKAH PUNCA ECZEMA?


Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).


BAGAIMANA KITARAN ECZEMA?
  

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah


APAKAH LANGKAH UNTUK ELAKKAN ECZEMA MENJADI TERUK?

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.

Langkah-langkah Pengawalan Harian:

  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.


APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

Shaklee mempunyai beberapa produk bagi mereka yang mempunyai masalah eczema.
  1. Rawatan Dalaman
  2. Rawatan Luaran
RAWATAN DALAMAN


Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.


 

Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.



Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.



Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.


RAWATAN LUARAN

 


Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.





Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.




Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut. 

APA KATA PENGGUNA?


Disini saya kongsikan testimonial pesakit yang bebas eczema dengan Shaklee dan izin Allah swt.

Testimoni 1: Penggunaan Vitamin E, Omega Guard dan ESP






Testimoni 2: Omega Guard




Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


Testimoni 7


Testimoni 8


Testimoni 9


Testimoni 10


Testimoni 11


APA YANG PERLU DIAMBIL?

Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.

Bayi

Ibu yang menyusukan baby yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega Guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega Guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Meal Shakes juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+Omega Guard untuk merawat kulit. Herbal Blend dan Vitamin E boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang dicadangkan termasuk ESP+Meal Shakes+Vitamin E+Herbal Blend+Omega Guard +Alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pada saya.

Tak semestinya kena ambil semua yang saya cadangkan. Pilih suplemen mengikut kesesuaian dan keperluan anda. 



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Mazilawati Maaroff (iGee 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1079900 ] 
♥ Contact Number : 0122416885
♥ SMS/WhatsApp : 0122416885
♥ Emel : sihatbervitamin@gmail.com

Monday 11 August 2014

Bayi G6PD dan set penyusuan Ibu Shaklee

Sudah lama rasanya saya tak up date blog. Maklumlah, minggu yang paling sibuk...bulan raya... 


Tapi hari ini belajar sesuatu yang baru. Terima sms dari seorang ib bertanyakan set penyusuan bagi anaknya yang mempunyai g6pd. Jadi terus membuat penyiasatan tentang G6pd defiancy ini.

Buat ibu- ibu yang mengalami situasi yang sama, 'g6pd deficiency' bukanlah suatu yang anda perlu risaukan, Namun anda dan family cuma perlu lebih berhati- hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang tertentu, bagi mengelakkan berlakunya 'krisis'.

Apapun, kita semestinya bersyukur kerana sekarang sudah terdapat banyak pendedahan umum dan penyelidikan bagi golongan 'g6pd defiency' ini.Malah setiap ibu yang anaknya disahkan terlibat pasti akan mendapat penerangan lebih terperinci bersama pamplet G6PD sebelum dibenarkan keluar ward.
Set Penyusuan Bagi ibu yang mempunyai anak G6PD Deficiency:
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP
Set Penyusuan Bagi G6pd Defiancy

Apa itu 'G6PD defiency'??
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah Gejala/Tanda-tanda G6PD Deficiency??

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus.

- Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad sekurangnya 5hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

++ kelihatan pucat
++ tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
++ pening
++ degupan jantung yang laju
++ sukar bernafas
++ sakit dada
++ Akibat daripada hemolisis

Jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan
Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis
Bahanyang boleh Menyebabkan Hemolisi

sumber:

1. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/kekurangan-enzim-g6pd
2. Shaklee Malaysia
3. http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui:

Mazilawati Maaroff
 (Shaklee ID 1079900)
call/sms/whatsapp:012-246885
atau email di mazilawatimaaroff@gmail.com

Sunday 10 August 2014

Set Pelangsingan Shaklee

Hari ini saya ingin berkongsi Slimming Set Shaklee. Ramai wanita dan lelaki di luar sana inginkan badan yang ramping dan menawan. Tapi masih tercari-cari produk yang sesuai untuk program menurunkan berat badan. Dengan Slimming Set Shaklee anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan ideal, langsing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. Tidak perlu mengambil ubat terlarang tanpa kelulusan KKM. 

Dengan Slimming Set  Shaklee yang ternyata mendapat kelulusan KKM, halal dan selamat digunakan. Bukan sahaja untuk kurus tapi lebih sihat dan bertenaga.



Langkah 1 : DETOX

Anda sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet anda. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan nampak perubahan? Dengan Shaklee akan memudahkan proses pelangsingan anda. Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX.


Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.
Herb-lax
Apa yang sesuai untuk detox? Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa Complex atauFiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa Complex atau Fiber dan Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herb-lax pada ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak (anak mungkin cirit birit). Saya mencadangkan Alfalfa Complex untuk ibu yang menyusukan anak.
Alfalfa
Untuk detoks, anda boleh pilih samada Alfalfa Complex atau Herblax


Langkah 2 : Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak.
  
Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Cadangan saya anda boleh mengambil Cinch™ Shakes atau Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk protein bergantung kepada bajet anda.

Cinch™ Shakes
Cinch™ Shakes

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa 
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Langkah 3 : Lecithin

Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Gabungan ketiga-tiga produk ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil suplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK dan SUPERB!



Jom review TESTIMONIALS pengguna yang berpuas hati dengan Set Pelansingan Shaklee

Testimonial 1

Testimonial 2

Testimonial 3

Testimonial 4



Testimonial 5 


Testimonial 6


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Mazilawati Maaroff (Gee)
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1079900 ] 
♥ Contact Number : 012-2416885

♥ Emel : mazilawatimaaroff@gmail.com