Thursday 27 March 2014

ESP sebagai Masker....

Bermasker ESP+PLAIN YOUGURT di pagi hari.....


Hanya perlukan ESP + Plain yogurt sahaja!!

✔ Gunakan 1/2 cawan yogurt perisa ASLI sebagai base masker. (lebih kurang 2-3 sudu, kalau pekat sgt boleh tmbh lg skit -secukup rasa)
✔ Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata.
✔ Ratakan di sekitar kawasan muka kecuali di kawasan mata.
✔ Biarkan 10-15 minit/ sehingga kering.
✔ Bersihkan dengan air suam

Senang kan?Tahu tak kenapa ESP ni baik untuk masker? ESP adalah protein powder..Rasanya semua tahu yang kulit kita memerlukan kolagen kan supaya tidak kendur dan tahukah anda yang kolagen ialah daripada family fibrous protein dan merupakan salah satu protein utama dalam memastikan kulit kita kekal elastik, tegang?

Dalam produk2 penjagaan kulit sekarang, hampir semua diperkaya dengan protein sebab protein inilah yang membantu menggantikan kolagen yang hilang dan mengembalikan tone dan elasticity kulit semula. Antara lain kebaikan protein kepada kulit ialah;
▶ Menghilangkan kesan jeragat
▶ Menghilangkan noda hitam bekas jerawat
▶ Mengatasi kulit wajah yang kering kerana kekurangan vitamin
▶ Mengatasi wajah yang berminyak
▶ Melembabkan dan menghaluskan kulit
▶ Mengecilkan pori-pori
▶ Mencerahkan wajah

Wah, senang gitu!! ESP ni boleh minum, boleh buat masker.. All in one. Cubalah, anda pasti seronok melihat hasilnya.

No comments:

Post a Comment