Friday 12 December 2014

Assalamualaikum..
Kempen memboikot Israel telah lama berjalan Israel yang bersekutu dengan USA membuatkan ramai telah membabi buta untuk memboikot apa sahaja yang berkaitan dengan USA. Akhirnya makin lama semakin faham, antara tujuan utama kempen boikot dibuat adalah untuk
  1. Melemahkan ekonomi lawan (Israel)
  2. Melemahkan pegangan pihak lawan (Produk2 yang menyumbang supaya tidak menyumbang lagi pada israel)
Saya pernah bertanya dengan kawan yang bekerja dengan Aqsa Syarif sebab Aqsa Syarif hanya fokus pada 4 brand sahaja (McD, Coca Cola, Loreal, Nestle). Seperti dlm blog Angel Pakai Gucci ni, sebab 4 ni penyumbang terbesar. Dan kalau diorg bankrupt pun, diorg tak boleh saman org yg boikot sbb mmg terbukti dia bagi dana pada israel. Dan jika mereka mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyumbang pada Israel, kemungkinan brand/syarikat lain akan turut serta menarik diri. 

Benarkah Shaklee menyumbang kepada Israel?

Baru-baru ni timbul pula isu Shaklee menyumbang dana pada Israel setelah digembar-gemburkan dengan gambar di bawah ni.
KIC-1
Jujurnya selepas dapat isu ini 2 tahun lepas, saya sendiri pun terkejut tapi bila dah dapat penjelasan dan dah buat kajian, Alhamdulillah saya semakin faham. Jadi tugas saya pula untuk menyampaikan pada anda.
Jika anda klik pada logo Shaklee dalam web tersebut, ia akan membawa anda kepada web di bawah
shaklee menyumbang kepada israel
Untuk pengetahuan anda, domain myshaklee.com adalah untuk pengedar Shaklee US yang berdaftar. Boleh lihat tempat loginnya di https://member.myshaklee.com/. Di bawah ni contoh laman web pengedar lain di bawah myshaklee.com
Shaklee menyumbang kepada israel
Manakala laman web rasmi Shaklee US adalah shaklee.com.
Shaklee menyumbang kepada israel
laman web rasmi Shaklee Corporation
Dah nampak perbezaannya? Dan istimewanya Shaklee, ia bukan sekadar boleh daftar atas nama persedirian tetapi juga atas nama syarikat. Sebab tu perniagaan Shaklee boleh diserahkan kepada anak cucu cicit atas nama syarikat. Di Malaysia sendiri dah ada beberapa Master Coordinator Shaklee yang tukar dari nama sendiri kepada nama syarikat dalam sistem Shaklee.
Ok, dah faham yang itu? Jadi terpulang kepada pengedar tersebut nak sumbang duit tu ke mana. Dalam kes di atas, mereka membuat kempen untuk dana israel seperti juga di malaysia, ramai yang buat kempen menderma ke palestine, syria, dan lain-lain.

Saya yakin umat Islam di Malaysia memang sangat prihatin kepada ummah dan nak membantu Islam. Tapi untuk menangkan Islam, kita perlu berstrategi. Kalau semua boikot mencapah, adakah kita akan dapat capai tujuan boikot tu sendiri? Lebih-lebih lagi bila kita membuat fitnah dan mengajak orang ramai boikot syarikat/brand yang tidak sepatutnya.
Seperti yang dijelaskan oleh Aqsa Syarif, kita memboikot bukan kerana syarikat itu milik yahudi atau sesiapa pun tetapi kerana mereka memberi sumbangan dan sokongan kepada israel. Hatta, kalau syarikat itu milik melayu muslim sekalipun, sekiranya ia menyumbang kepada israel, kita akan boikot.

Jadi, fahami isu, bertindaklah mengikut ilmu dan iman. Niat ikhlas kerana Allah Taala. Semoga Allah mempersatukan hati umat-umat Islam dan memenangkan umat Islam di mana sahaja mereka berada.
credit: http://healthy.babykawaiistore.com/



No comments:

Post a Comment