Tuesday 22 April 2014

Tips Tingkatkan Susu Ibu, Rahsia Shaklee

Ketika melahirkan anak dulu, si baby selalu tidak cukup susu. Dan selepas 2 bulan susu sudah mula kering. Apabila mengenangkan ketika itu, terasa sayang pula saya tidak melakukan pembacaan lebih tentang cara- cara meningkatkan susu ibu. Yela, ketika itu mana ada sangat facebook atau internet pon belum digunakan secara meluas. So, sekarang ini, saya nak share cara- cara tingkatkan susu ibu. Terdapat pelbagai cara nak tingkatkan susu ibu. Jom kita do a little more reading berkenaan tajuk ini.

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Ini pula tips untuk tingkatkan susu ibu. Jom kita buat checklist. Semoga ini dapat membantu kita.

~ Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa.
~ Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang.

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buathyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping.

~ Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.

~ Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan.

~ Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.

Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu.

Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu.

Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.

Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. Jimatkan masa dengan menggunakan hands-free.

Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.

Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium

Dan salah satu cara lagi semestinya dengan pengambilan Set Esklusif Breastfeeding Shaklee. Ramai telah berjaya menambah stok susu. Kalau tidak masakan penjualan ESP melonjak- lonjak ketika Promosi 2 bulan lepas kan. Ramai telah berjaya. 

Testimonial ESP

Testimonial ESP
Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

Waktu Subur Wanita

Definisi Subur 

Masa subur pada wanita adalah sebuah kitaran menstruasi atau yang biasa juga disebut dengan istilah haid, dimana pada masa subur tersebut akan terdapat sel matang pada wanita yang siap untuk dibenihi, sehingga apabila seorang wanita melakukan hubungan intim, maka kemungkinan akan terjadi kehamilan.

Bagi seorang wanita yang tengah merancang kehamilan, maka mengetahui masa subur ini tentulah sangat penting. Dengan diketahuinya bila masa subur bagi seorang wanita yang hendak mendapatkan keturunan, maka tentunya dia juga sudah dapat merancang bila waktu tepat melakukan hubungan intim dengan suami. 

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Mari kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku. Berikut hanyalah  gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, ada beberapa cara untuk mengetahuinya, namun tidak semua wanita mengalami hal di bawah ini. Apapun, sebagai hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.


Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? 
Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Fahami Kitar Haid Anda
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Contohnya,  kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

  • Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan siklus haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kiraan, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan karena wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  • Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada kondisi yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  • Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih bergairah dari biasanya. Hal ini akan terjadi pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  • Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.
  • Payudara lembut dari biasa. Situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan begitu, payudara akan terasa lebih lembut dari hari biasanya.
  • Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di celana dalam. Hal ini sering terjadi pada masa subur.
  • Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun tidak kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak.
  • Menggunakan Test Kit Ovulasi. Ianya hampir sama seperti  test pack dalam pengujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. 
masa subur adalah waktu terbaik untuk terjadinya pembuahan. Masa subur ...
Pengiraan Waktu Subur Wanita

Thursday 17 April 2014

Kesan Kekurangan Kalsium

Selama ini, di dalam kepala apabila kekurangan kalsium akan menyebabkan kita mengalami gigi reput. Rupa- rupanya terdapat banyak lagi risiko yang boleh kita hadapi sekiranya kekurangan kalsium di dalam badan.

Kesan kekurangan kalsium dalam badan:

Mudah mengalami kekejangan otot atau semut semut
Sukar tidur (insomnia)
Usus menjadi lemah dan sering sembelit
Cepat naik angin dan mudah terkejut
Luka susah sembuh, darah lambat beku
Tisu kolagen sukar terbentuk, boleh mengakibatkan sakit sendi
Menurunkan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
Rambut gugur bagi ibu ibu selepas bersalin
Ekzema
Kebas tangan dan kaki
Gigi mereput
Ibu mengandung yang kekurangan kalsium sangat bahaya

Makanan yang membekalkan kalsium:

Produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
Sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
Ikan yang ada tulang lembut seperti sardin dan salmon dalam tin
Calcium fortified food seperti produk soya seperti tauhu, cereal dan jus2 buah



Contoh Makanan yang Membekalkan Kalsium

Keperluan kalsium harian:


Disarankan bahawa kita perlu mengambil keperluan kalsium yang secukupnya (antara 800 hingga 1000mg) disamping nutrien penting seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D bagi mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Kenapa Ostematrix?

Ini kerana Ostematrix Shaklee mempunyai formula yang unik. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc dan kuprum, magnesium dan boron. Semua nutrien tersebut sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita dan menghalang endapan sesetangah mineral. Kebanyakan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas sebab itulah kenapa bila anda mengambil Ostematrix Shaklee anda akan merasa kesan yang berbeza dan menakjubkan.

Jadi, pilihla Ostematrix. Lebih daripada Kalsium.

Testimonial Ostematrix

Ostematrix membantu pelawasan

Ostematrix membantu Buasir

Ostematrix untuk Sakit Belakang


sihatbervitamin
0172968285
sihatbervitamin@gmail.com


Wednesday 16 April 2014

Kenapa Protein Tambahan Penting

KENAPA PROTEIN TAMBAHAN PENTING?
1) Makanan utama bagi sel adalah protein.
2) Berbilion sel yang mebentuk tubuh badan kita bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsi masing-masing, menjalankan pembaikan serta membina sel-sel baru untuk menggantikan tisu-tisu lama.
3) Pengambilan vitamin dan suplemen memerlukan protein yang berkualiti untuk menjamin keberkesanannya.
KENAPA ESP SHAKLEE ISTIMEWA?
1) merupakan minuman protein segera yang mampu membekalkan keperluan protein harian anda.
2) mengandungi 22 jenis asid amino yang mana terdapat 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
3) diperbuat daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah dan disahkan di bawah Identity Preservation Programme (IPP), program yang memantau ketat penghasilan produk soya Shaklee.
4) setiap 1kg ESP dihasilkan daripada 30 kg kacang soya yang diproses dengan air.
5) protein kacang soya adalah 2 kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur dan 12 kali lebih dari susu.
6) rendah lemak, bebas kolestrol dan mudah diserap oleh badan.
KEBAIKAN ESP~
==> membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan
==> mengekalkan keremajaan kulit dan memberi tenaga berpanjangan.
==> merangsang regenerasi kulit dan otot
==> mengembalikan keserian dan keanjalan kulit
==> cepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan parut
==> memulihkan fungsi prostat lelaki
==> sangat elok untuk wanita mengandung dan menyusu
==> menguatkan daya ingatan
==> mengekalkan kesihatan jantung
==> indeks glisemik yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetes)
KEPELBAGAIAN KEGUNAAN ESP
➡ESP + lecithin – kawal berat badan / bakar lemak
➡ESP + ostematrix – bantu masalah sembelit / migrain
➡ESP + vita c – kulit cantik
➡ESP + alfalfa – milk booster (ibu menyusu)
➡ESP + gla – tingkatkan kesuburan (bagi yang sukar hamil)
➡ESP + zinc – sembuhkan luka pembedahan, bantu masalah rambut gugur
➡ESP + omega – perkembangan otak janin, bantu turunkan berat badan
➡ESP + performance drink – kekal bertenaga & hidrat
➡ESP, ostematrix, b complex, vitalea, vita c – set kehamilan
➡ESP, zinc, ostematrix, b complex, vitalea, vita c – set bersalin
Memang best kan ESP ni?
sihatbervitamin.blogspot.com adalah Pengedar SAH SHAKLEE Saujana Utama. Kami menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery ke seluruh kawasan Saujana Utama, Puncak Alam, Alam Budiman, Sri Pristana, Desa Coalfield, Desa Moccis. Penghantaran ke seluruh Malaysia juga melalui perkhidmatan Courier Citylink.
Ready Stock SHAKLEE di sihatbervitamin
Self Collect & Cash On Delivery : sekitar Saujana Utama, Sri Pristana, Desa Moccis, Desa Coalfield, Puncak Alam, Alam Budiman
Courier : SELURUH MALAYSIA
SMS/Whatsapp : 012 2416885 (Gee)
Email : sihatbervitamin@gmail.com
Fanpage : www.facebook.com/sihatbervitamin

Friday 4 April 2014

Osteoporosis- Masalah Kekurangan Kalsium

Sukarnya Berjalan- Osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.



Osteoporosis

Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah.

Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang.

Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

Perbezaan antara Tulang Normal dan Tulang Osteoporosis


Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS131.5billion (rm432.4billion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240% bagi wanita dan 310% bagi lelaki menjelang 2050.

Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah.
Retak dibahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang ke sisi badan.
Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamamya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol.

Jika kita tidak memperolehi bekalan kalsium yang mencukupi, masalah osteoporosis ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja....

Jumlah kalsium intake yang diperlukan berdasarkan Recommended Daily Allowance (RDA) USA:



• Anak-anak 800 mg

• Remaja 1200 mg

• Dewasa 1000 mg

• Ibu hamil & menyusui 1200mg

• Usia lanjut & menopause 1200 mg

Jumlah Keperluan Kalsium Setiap Hari


Rata-rata tubuh dewasa memerlukan kalsium sebesar 800 - 1000 mg tiap hari, sedangkan bila kita mengambil makanan 4 sehat 5 sempurna jumlah kalsium yang diberikan hanya berkisar antara 250 - 320 mg. Ini bermaksud tubuh kita masih kekurangan kalsium sebesar 680 - 750 mg setiap hari. Bayangkan bila itu terjadi pada kita selama terus-menerus, selama bertahun-tahun. Bahan makanan sumber kalsium utama adalah susu dan hasil olahannya, ikan yang dimakan dengan tulang, serealia, kacang-kacangan, tahu dan tempe, sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.


Sekiranya kita kekurangan kalsium setiap hari, maka mudah bagi kita untuk mengalami Osteoporosis.

Kebaikan Ostematrix Shaklee

KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan. 
Bukannya ketika perut kosong.


VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita.

Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis. Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Mereka yang mengalami kekejangan otot


Testimoni Ostematrix- Sakit Pinggang dan Belakang

Sakit Pinggang Pulih dengan Ostematrix

TESTIMONI OSTEMATRIX – Kesihatan Gusi dan Gigi

Ostematrix Untuk Kesihatan Gigi dan Gusi


TESTIMONI OSTEMATRIX – Sembelit hilang dan lebih Cergas!

Ostematrix Untuk Sembelit

Take action...

Interested? Boleh tanya. Konsultasi Percuma Diberikan.

sihatbervitamin
0172968285
sihatbervitamin@gmail.com
Pos Laju seluruh Malaysia

COD Saujana Utama, Sri Pristana, Desa Coalfield, Desa Moccis, Alam Budiman, Puncak Alam