Monday 15 December 2014

Halal Shaklee


Halal Certificate





ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :)
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :)
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tentang produk Shaklee atau membuat pesanan:










Promosi Beli 6 Free 1...

Sempena bulan Promosi Vitamin C ni...jom kita tengok kenapa ye Vitamin C Shaklee ni menjadi kegilaan orang ramai:

Testimoni Vitamin C
Fuh..menariks kan..ini selepas penggunaan sebotol Vitamin C Shaklee..bayangkan kalau kita menten guna kan...pingsan...
Best betul...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C Shaklee boleh baca di sini


Set Pencuci Shaklee

EH, botol spray basic H Shaklee tu apa?
Inilah dia…
botol spray basic H Shaklee
Get Clean Botol Spray


Mudahkan nak guna basic H Shaklee lepas ni. Bancuh siap-siap ke dalam botol dan spray sahaja bila nak guna. Tak perlu nak bancuh setiap kali.
Get Clean Set

Set Get Home Clean dari Shaklee ini mengandungi :

Satu set ini hanya RM194 dan setiap satu produk boleh guna lebih dari sebulan. Ada yang sampai 3-4 bulan pun tak habis (tengok pada cara penggunaan). Guna sikit sahaja dah mencukupi untuk membersihkan.
Perbezaan produk cucian Shaklee ini, ia :
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Memang selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Tak risau lagi, kalau ada bayi yang terjilat lantai atau meja atau menggigit baju.
Jom tukar rumah anda kepada rumah yang lebih sihat dan selamat!!
Dapatkan segera!



Nyahkan Kolestrol Jahat

Kandungan Kolestrol Dalam Makanan
Tu dia...ce tengok makanan sedap2 kt atas tu... Sapa ada makanan breakfast/lunch/dinner dia kat sini...sila angkat tangan...

hahaaa...macam semua makanan i je kat situ. Kalau nak tahu, nombor2 di sebelah pic tu ialah kandungan KOLESTROL dalam makanan tersebut.

Ala...miligram je pon kan...bukan banyak mana...tap imajin bila makan everday...mau tak lama2 jadi bukit kan.

So, its no wonder 6 juta rakyat Malaysia adalah dalam kategori overweight. Banyak masalah kalau berkait dengan overweight ni...heart problem, fatty liver juz to name a few.
Tapi...kolestrol ni ada yang BAIK and ada yang JAHAT tau. Kita nak yang BAIK tu, yang JAHAT kita buang. 
Nak tahu macam mana?
Shaklee memang boleh tolong..tapi kita perlu jugak tolong diri sendiri kan...

Ok..jom kita belajar buang kolestrol JAHAT ni k

Tadaaaa....introducing...

SET KOLESTROL SHAKLEE

Set Kolestrol Shaklee


Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.

Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Phytocol - membantu penyerapan kolestrol.

1. Phytocol 
Phytocol-St keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh.
Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah:


  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet
2. Omega Guard
Produk Omega Guard dari Shaklee ini mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak yang ditemui dalam ikan laut dalam. Haa, kenapa ikan laut dalam? 
Kerana ikan dari sini mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA.

3. Garlic Plus
Setiap tablet Garlic Shaklee ini dibuat daripada baang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.

Lepas tu, Garlic Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.

Lagi best, Garlic Shaklee ni ade perisa.Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). 

Bukan itu aje, Garlic Shaklee juga mengandungi vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.

Jadi, setiap 2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen iaitu bersamaan dengan 2 ulas garlic segar.

4. Vitamin C
Shaklee Sustained Release Vita-C™ Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

Interested untuk mencuba? Jom!

Jom Kenali Basic H2

Basic H2

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama 
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Tips Atasi Perut Buncit Dan Menggeleber

Perut Buncit Dan Menggeleber

Selepas 2-3 bulan tak pergi massage, akhirnya ada masa free.So, telah merebut peluang dan book for massage.  Adik yang massage ni memang dah kenal, sebab memang selalu pergi massage dengan die. So, boleh dikatakan dia dah kenal la setiap inci badan *maleww..tak de plak ikon tutup muka..phew phew...

Anyhow, selepas melahirkan anak, sudah pasti bahagian perut tula territory yang paling menakutkan. Dahla penuh dengan strect mark kan. Kita ni plak as kaum ibu pasti mahu kembali langsing seperti sebelumnya. So, semestinya bahagian tubuh yang sering bermasalah tentunya perut, kan? Jika tak dijaga dengan baik perut si ibu akan mengendur, berlipat ataupun buncit.

So, nak cerita, adik tu dok urut bahagian perut kan:

Adik Massage: Akak, perut akak ni dah nipis sikit la.
Saya: Nipis?
Adik Massage: A' ah dah tak buncit sangat. Strech mark akak pon dah pudar
Saya: Ye ke, dik? *awww terharu

Itula accomplishment ya..setelah hampir 7 bulan mengambil ESP secara konsisten. Meh kita study sket kenapa boleh menggeleber ni.

Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah perut buncit, menggeleber dan berselulit?

Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan olehdiastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar.

Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ  dalam badan dan bukannya otot perut.  Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah. Bagi membetulkan masalah ini, senaman dan pemakanan yang betul adalah sangat penting. 

Sebannyak 90% wanita mengandung akan mengalami kesan rekahan kulit perut atau “stretch marks”. Rekahan ini disebabkan oleh penambahan berat badan yang pantas dimana badan berkembang lebih cepat daripada kemampuan kulit untuk menampungnya. Selain itu, peningkatan hormon glucocorticoids semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit. Kesan rekahan pada kulit perut akan kekal jika anda tidak mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya. 

Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi kanji, manis, berlemak dan masin bagi mengelakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ia penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, minum banyak air supaya kulit akan lebih elastik. Anda juga boleh menyapu produk seperti Bio Oil sejak trimester pertama lagi bagi mengekalkan lembapan dan elastisiti kulit. Bagi anda yang telah lama mempunyai rekahan kulit, bukannya tiada harapan lagi untuk menghilangkannya. Warna rekahan akan beransur-beransur menjadi lebih pudar dengan masa dan tidak akan kelihatan jelas lagi (nak menyedapkan hati sendiri ). 

Dengan shaklee anda boleh atasi masalah STRETCH MARSK dengan pengambilan ESP.

Cara Atasi Perut Buncit, Menggeleber Dan Berseulit Selepas Bersalin
Pengambilan ESP Secara Konsisten Boleh Kurangkan Strech Mark

Tips Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin 
  1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?

Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potionyang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda? 

Lecithin

- Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
- Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
- mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
- Untuk metablisma lemak.

Herba Lax
 
- mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa 

~ Bertindak seperti kacip fatimah 
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang. 
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
~ Memberi kelegaan semasa haid. 
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema 
~ Merawat asma 
~ Mencuci usus bagi membuang toksik 
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan 
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit 
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami 



Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set kurus lepas bersalin ini anda boleh hubungi saya melalui:


Sunday 14 December 2014

Peppermint- Kelegaan Dari Senak Perut

Peppermint

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber: http://www.shaklee.com.my/


Cara Kurus Dengan Lebih Berkesan

Cara Kurus Dengan Cinch Shaklee

Lumrah dunia bila cerita bab kurus, turun berat berkilo-kilo, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang solo, berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan kurus sepanjang zaman. Awas! Pastikan kita mengamalkan program diet yang betul untuk mencapai kurus yang sihat. 


Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake
Waaa!! Tak Turun?!


Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat.


3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee

Pertama: Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


Kedua: Memecahkan Lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


Ketiga: Membina Otot dengan Protin

Protin sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.


Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protin terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



Langsing dan Ramping Dengan Cinch Shake
3 Perisa Cinch

Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
Your Shaklee Independent Distributor
Mazilawati Maaroff
♥ SMS | WhatssApp : 012-2416885
♥ Shaklee ID : 1079900
♥ FB Page : SihatBervitamin
♥ Email : sihatbervitamin@gmail.com

Duduk Rumah Gaji 4-5 Angka?!

Tak syok la duduk rumah jaga anak je. At least nk gak tgh2 bulan ada gaji masuk. Mula2 mmg rasa tenang..tp bila dh tgk sendiri "Work At Home Mom" dpt gaji mengalahkan gaji "Full Time Work Mom"..terasa nk cuba juga.

Bole plak tgh2 bln shopping kt mall yg lengang..maklumlah org lain tgh kering. Poket kita baru penuh. Tapi mcmana? Semua tu nakkan komitmen yg tinggi.

Mmgla..mana ada org berjaya dgn usaha yg kecil. Semua kena korbankan..masa, tenaga & wang. Emm..xsanggup la. Tp nak duit...nk shopping baju, kosmetik, keperluan anak.

Sertai saya! Saya perlukan pengedar yg:
> tidak mudah putus asa
> boleh berdikari
> sanggup mengubah kehidupan

Syioknya Jadi Ahli Shaklee
10 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE BERSAMA KAMI

1. Keahlian seumur hidup. Tiada bayaran tambahan.Hanya bermodalkan RM75 untuk harga ahli

2. Menikmati KEHEBATAN PRODUK, sihat optimum sambil mendapat pulangan wang anda.

3. Memiliki ruang menjana pendapatan sampingan melalui produk SHAKLEE yang SUPERB AWESOME!

4. Mampu milik. Membeli produk berdasarkan harga ahli yang jauh lebih murah disamping menjana pendapatan.

5. Membantu ahli keluarga, saudara mara terdekat yang ingin membeli produk SHAKLEE dengan harga ahli, dan anda mendapat bonus dari SHAKLEE dengan uv (point) anda.

6. Sistem latihan, group support yang telah terbukti selama 25 tahun.

7. On job & online training diberikan kepada mereka yang serius.

8. Tidak perlu mantain uv sekiranya untuk kegunaan sendiri sahaja.

9. MENIKMATI BONUS 2,3,4 atau 5 ANGKA ATAS PILIHAN ANDA SENDIRI.

10. Tak perlu hadir kelas motivasi memalam buta sebab kita ada Group dalam FB yang membantu dlm promosi dan tips jualan

Selain tu..BEST SGT JD AHLI SHAKLEE ni sebab:

Yang bestnya tak payah nak ada minimum purchase untuk maintain membership..Tapi sy percaya korang kalau dah kenal & yakin dengan shaklee memang tak berpaling dah kat product lain walaupun yang ada kat farmasi ke kedai ke sebab boleh sampai rumah korang terus dan juga:

~> Shaklee tiada bahan kimia yang berbahaya
~> Shaklee adalah biodegradable
~> Shaklee dibuat dari bahan2 semulajadi & diproses secara semulajadi
~> Shaklee BUKAN SINTETIK
~> Shaklee Halal dan diyakini
Jom jadi ahli di sini