Wednesday 9 July 2014

Keistimewaan Mealshake Shaklee

Kenapa ia berbeza dengan multivitamin yang lain?
  1. Ianya dalam bentuk serbuk – mudah di hadam oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa
  2. Ia turut dilengkapi fiber dan protein
  3. Rasa Vanillanya yang lazat, mudah diterima semua orang.
  4. Ia diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
  5. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
  6. Ia boleh dijadikan makanan segera sekiranya tak sempat bersarapan di waktu pagi.
Keistimewaan Mealshakes Shaklee

Manfaat utama Meal Shakes Shaklee : 
  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekuranan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Kaya dengan Protein – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium-magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Kaya dengan serat larut – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus (detoksifikasi)
  • Rasa yang lazat – Minuman yang lazat berperisa vanilla untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantikan segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Siapa yang perlukan Meal Shakes Shaklee?
Cara pengambilan :
  • Boleh dicampur dengan susu segar atau susu rendah lemak.
  • Sedap juga dicampur bersama ESP dan Performance Drink terutama ketika sahur dan berbuka puasa.
  • Boleh juga dicampur/dikisar bersama buah-buahan kegemaran.
  • Enak diminum ketika sejuk
Cara pengambilan yang lebih spefisik untuk tujuan dan usia tertentu akan diberi bersama produk (Khas untuk pelanggan Hanis Healthy Life)
Baca lanjut tentang Meal shakes di 
Nak cuba keistimewaan Meal Shakes?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Saujana Utama! Sila SMS/ WhatsApp ke 012-2416885 untuk self pick-up di Saujana Utama.
Your Shaklee Independent Distributor
Mazilawati Malek
♥ SMS | WhatssApp : 012-2416885
♥ Shaklee ID : 1079900
♥ FB Page : http://www.facebook.com/sihatbervitamin
♥ Email : sihatbervitamin@gmail.com

credit: http://healthy.babykawaiistore.com/

Thursday 3 July 2014

Melawan Kolestrol Jahat dengan Phytocol-ST

SIAPA SESUAI AMBIL PRODUK NI?

  • Anda yang punya masalah kolesterol tinggi
  • Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi
  • Anda yang punya nafsu makan membuak-buak


APA FUNGSI PHYTOCOL-ST?

Ia menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut. 


BAGAIMANA CARA MENGAMBIL PHYTOCOL-ST?

Disarankan untuk mengambilnya sebelum makan makanan berlemak.


APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?



BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN PHYTOCOL-ST?

Buat pesanan anda sekarang. Produk ini dijangka tiba di Malaysia pada Jun 2014!


Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Rakan Shaklee Anda

Mazilawati Malek (Gee)
Shaklee ID 1079900
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-2416885
Emel: sihatbervitamin@gmail.com
FB Page: sihatbervitamin

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Penawar Strok

Strok Pembunuh No 4 Negara
Eeeeiii....takutnya tengok statistik ni...Sekurang- kurangnya 6 orang diserang jantung setiap jam??!!
Kalau pesakit strok, supplemen yang dicadangkan ialah Phytocol atau Vivix. Tapi sebelum itu, jom kita kenali apa itu Strok.
Pengenalan
Sejumlah 75% daripada pesakit yang mengalami strok adalah mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun dan kejadian strok meningkat dengan faktor umur (J Neurosci Nurs 1994).
Setelah serangan akut strok, kadar malnutrisi dilaporkan meningkat dari 16% semasa kemasukan ke wad sehingga 22 - 35% setelah 2 minggu di wad (Acta Med Scand 1988). Keadaan malnutrisi ini menjadi lebih teruk apabila pesakit pulang ke rumah. Ini adalah disebabkan oleh penjagaan pemakanan yang tidak optimum mengikut keperluan individu

Jenis Strok

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

i. Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
Gumpalan Darah Pesakit Strok
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
ii. Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:
Strok Berdarah
Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.
Gejala dan tanda
Dianggarkan sebanyak 29 - 64% pesakit strok akan mengalami disfagia (Stroke 1999). Disfagia ialah kesukaran untuk menelan makanan dan minuman.
Komplikasi
Disfagia boleh meyebabkan kekurangan pengambilan makanan yang seterusnya mengakibatkan penurunan berat badan dan malnutrisi. Ia juga turut dikaitkan dengan kekurangan air badan, aspirasi dan pneumonia (J Neurosci Nurs 1994).
Pengurusan Pemakanan
Terdapat dua cara penjagaan yang biasa dilakukan, iaitu:
  1. Makanan melalui mulut (Oral Nutrition)
    Bagi pesakit strok yang mengalami disfagia, pengurusan pemakanan perlulah bersifat individu dan bergantung kepada kebolehan pesakit untuk makan dan minum serta bentuk tekstur makanan dan minuman. Ujian Penelanan (Swallowing Test) perlu dilakukan oleh Pegawai Pertuturan (Speech Therapist) untuk menentukan jenis minuman dan makanan yang sesuai diambil melalui mulut.

    Modifikasi makanan dari segi tekstur dan kepekatan boleh dilakukan seperti :
    • Makanan dicincang kasar / halus
    • Makanan dikisar kasar
    • Makanan dikisar halus (puri)
    • Minuman / makanan dipekatkan mengguna agen pemekat makanan seperti tepung jagung atau 'Thixer' atau 'Thick & Easy' (produk komersial)

    Rajah 1: Makanan dicincang kasar

    Rajah 2: Makanan dikisar kasar

    Rajah 3: Makanan dikisar halus (puri) Contoh: Kentang putar

    Rajah 4: Makanan / minuman dipekatkan mengguna agen pemekat makanan

    CONTOH RESEPI BUBUR 
    Jika pesakit boleh makan bubur lembut, hidangan ini tidak perlu dikisar

    BUBUR IKAN BILIS
    (223kcal, 12g protein)
    BAHAN
    • ¼ cawan beras
    • 3 sudu besar ikan bilis
    • ¼ sudu kecil garam
    • ¼ cawan lobak (dipotong kecil)
    • ¼ bawang merah
    • ¼ bawang putih
    • 1 sudu besar minyak masak

    CARA PENYEDIAAN
    1. Masak beras sehingga menjadi bubur.
    2. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
    3. Rebus lobak sehingga lembut.
    4. Masukkan semua bahan ke dalam bubur dan kemudian masukkan garam.
    5. Selepas itu, bubur haruslah dikisar menggunakan pengisar sehingga menjadi cecair dan ditapis.
    6. Tambah air ¼ cawan (250 ml) jika terlalu pekat.

    BUBUR AYAM/IKAN
    (205-211kcal, 7-10g protein)
    BAHAN
    • ¼ cawan beras
    • ¼ cawan ayam/ ikan tenggiri (dicincang)
    • ¼ sudu kecil garam
    • ¼ cawan lobak (dipotong kecil)
    • ¼ cawan kacang pis/ sayur bayam
    • 1 sudu besar minyak masak

    CARA PENYEDIAAN
    1. Masak beras sehingga menjadi bubur
    2. Ayam/ ikan direbus dan dicincang.
    3. Rebus lobak dan kacang pis sehingga lembut.
    4. Tumis ayam/ ikan, lobak dan kacang pis dan masukkan ke dalam bubur.
    5. Masukkan garam dan gaul sebati.
    6. Selepas itu, bubur haruslah dikisar menggunakan pengisar sehingga menjadi cecair dan ditapis.
    7. Tambah ¼ cawan air (250 ml) jika terlalu pekat.

    BUBUR ROTI
    (190kcal, 11g protein)
    BAHAN
    • 2 keping roti (dibuang kulit)
    • 200 ml susu rendah lemak

    CARA PENYEDIAAN
    1. Roti dikisar bersama susu rendah lemak sehingga menjadi cecair dan ditapis.
    2. Dapatkan sukatan 250ml.

     
  2. Pemakanan melalui tiub (Enteral Nutrition
    Bagi pesakit yang tidak boleh makan dan minum secara oral dengan jumlah yang cukup dan berisiko tinggi untuk aspirasi, ia harus menggunakan tiub pemakanan (Ryles tube) sehingga keupayaan untuk menelan pulih.

    Laluan dan kaedah pemakanan melalui tiub biasanya akan ditetapkan oleh pihak hospital atau klinik. Namun, ahli keluarga hendaklah memilih produk yang sesuai untuk digunakan semasa di rumah.

    Bagi pesakit strok yang mempunyai fungsi saluran pemakanan yang baik, formula enteral polimerik adalah bersesuaian. Produk polimerik biasanya mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang perlu dihadam. Kini terdapat pelbagai formula enteral polimerik di pasaran yang boleh dibeli di farmasi, kedai ubat cina dan pasar raya. Terdapat juga produk polimerik yang tinggi serat, tinggi protein dan tinggi tenaga yang disesuaikan mengikut keperluan pesakit. Produk enteral yang dirumus khas untuk keadaan penyakit-penyakit tertentu juga boleh digunakan. Rumusan susu lain seperti susu rendah lemah, susu tanpa lemak atau susu penuh krim juga boleh digunakan bersama-sama dengan campuran bijirin halus.

    Kebiasaannya, 1200 - 1800 ml produk enteral yang dibancuh mengikut sukatan boleh memenuhi keperluan tenaga kebanyakan pesakit. Adalah diwajibkan pesakit atau ahli keluarga untuk mendapatkan nasihat pemakanan daripada Pegawai Dietetik di hospital atau klinik berhampiran sebelum menggunakan sebarang formula enteral atau rumusan lain. Pegawai Dietetik akan membantu untuk merancang diet yang paling sesuai dari segi jumlah dan penyediaan.

    Ahli keluarga yang ingin menyediakan bubur kisar (blenderised diet) di rumah untuk diberi melalui tiub pemakanan perlu mendapat panduan daripada Pegawai Dietetik. Perlu diingat bahawa komposisi nutrisi bubur kisar adalah rendah dan tidak tepat. Kepekatan juga berbeza dan tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ia terdedah kepada risiko kontaminasi yang tinggi. Selain itu, ia juga mudah menyumbatkan tiub pemakanan.
 credit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi Pesakit Strok, supplemen Shaklee ang dicadangkan ialah Phytocol atau Vivix.

Adakah Vivix Dapat Membantu Pesakit Strok?

InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Berdasarkan testimoni pengguna yang telah mencuba untuk ahli keluarga yang mengalami strok, Vivix memang sangat membantu. Alhamdulillah.. Ini kerana Vivix mempunyai 1001 khasiat dalam meningkatkan tahap kesihatan.Untuk membaca lebih detaisl tentang vivix ini, sila klik disini dan disini
Adakah Vivix Dapat Membantu Pesakit Strok?




Alhamdulillah. Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat melakukan ibadat dengan lebih baik. InsyaAllah. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Mazilawati Malek [ID: 1079900]

Call/sms/whatsapp: 012-2416885
Email: sihatbervitamin@gmail.com

FB: facebook.com/mazilawatimaaroff

atau anda boleh terus membeli Vivix dari Shaklee melalui link dibawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c8ba76c279269b1c6bc8a07e38e78fa4

TQ!

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases