Saturday 7 March 2015

Tips untuk 'Flawless Skin'

KULIT FLAWLESS CANTIK BERSAMA SHAKLEE

Flawless Skin


Assalamualaikum wrt semua.
Lately ni selalu baca pos kawan2 mengadu tentang masalah kulit mereka. Lagi-lagi bila dah nak masuk 4 series ni. Jangan risau, Shaklee kan ada hihi. Shaklee ni berkesan, tahan lama dan selamat. Sudah 50 tahun usia Shaklee, awak tidak perlu ragu-ragu nak consume
So ini adalah supplement Shaklee yang ambil utk penjagaan kulit: ESP, Vitamin E, Vitamin C, B-complex, Collagen Powder

1. JERAWAT
Untuk kes jerawat yang biasa, suggest ambil VITAMIN C. Vitamin C ni akan halang jerawat degil tu tumbuh dengan lebih cepat. Untuk mereka yang kerap tumbuh jerawat waktu stress, B-COMPLEX adalah pilihan anda. Manakala bagi mereka yang selalu tumbuh jerawat waktu period atau ketika hormon tidak stabil, GLA-Complex yang anda patut miliki

2. PARUT JERAWAT

Untuk atasi masalah parut jerawat ni, ada 2 produk yang sesuai iaitu ESP dan VITAMIN E. Vitamin E adalah sejenis pil dan ESP pula adalah sejenis minuman. Terpulang pada anda untuk pilih yang mana. Kedua-dua ini juga boleh dibuat masker dan letak pada parut supaya parut lebih pudar dengan cepat. Sel-sel baru juga akan terhasil untuk membaiki kulit muka yang sudah rosak itu.

3. JERAGAT
Tahu kan pigmentasi adalah punca utama jeragat ni? Untuk masalah ini, Shaklee yang akan disuggestkan pada anda ialah ESP. ESP boleh melambatkan pertumbuhan pigmentasi.

4. TONA MUKA TIDAK SEKATA, KUSAM, KULIT GELAP
Untuk semua masalah di atas ini, produk yang paling anda sesuai untuk ambil adalah VITAMIN C dan COLLAGEN POWDER. InshaaAllah jika anda konsisten consume, kulit anda akan jadi lebih sekata, lebih fresh, kulit jadi lebih cerah (bukan bahagian muka sahaja yer), muka jadi lebih pinkish, radiant dan glowing.

5. BERMINYAK
Kulit berminyak boleh diatasi dengan ESP dan Vitamin E. Minyak ini harus diatasi dengan cepat kerana minyak inilah yang menyebabkan kulit kita jadi lebih worst. Jerawat mulai tumbuh dan kemudian hari menjadi parut jerawat pula.

6. KULIT KERING
Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, produk yang akan dicadangkan ialah VITAMIN C dan ESP. Muka awak akan jadi lebih fresh dan lembab. Selalunya mereka yang ada kulit kering ni juga ada masalah kulit mengelupas bukan? InshaaAllah boleh diatasi masalah ini. Mereka yang kerja atau studi dalam aircond juga sesuai mengambil dua produk ini.

7. BINTIK-BINTIK HITAM DAN PUTIH
Bintik2 ni juga salah satu punca jerawat tumbuh dengan lebih cepat. Untuk masalah ini, produk yang akan anis suggestkan adalah VITAMIN E.
****************
Risau anda tiada bajet? Jangan risau kerana semua produk Shaklee tahan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya:
ESP - 2 hingga 3 bulan
VITAMIN E - 4 bulan
VITAMIN C - 6 bulan
B-COMPLEX - 4 bulan
COLLAGEN POWDER - 2 hingga 3 bulan
Jimat bukan? Kiranya awak hanya perlu restock dalam tempoh 2-6 bulan sahaja. Masih sempat nak cantik2 before raya ni


Saturday 3 January 2015

Cara Atasi Gastrik

Assalamualaikum.
Set Gastrik Shaklee

Ada plak bff tu, asek kena gastrik jek. So, hari ni jom kita berdiskusi tentang GASTRIK. 


APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.




BAGAIMANA GASTRIK TERJADI?


Secara mudahnya, perut kita ni umpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.





PUNCA LAIN TERJADINYA GASTRIK?
  • Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Skipping meals 
  • Stress
SIMPTOM PESAKIT GASTRIK
  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati
CARA MERAWAT DAN MENANGANI GASTRIK

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.


KURMA MEMBANTU PENYAKIT GASTRIK

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti King Saud, Saudi Arabia, menunjukkan bahawa bahan ethanolic yang dikeluarkan dari jus kurma sangat boleh digunakan sebagai bahan remedi yang mujarab untuk merawat penyakit gastric ulcer. Ini berkemungkinan disebabkan kurma mempunyai keupayaan sebagai antioksidan.
(rujuk: Al-Qarawi AA, Abdel-Rahman H, Ali BH, Mousa HM, El-Mougy SA.The ameliorative effect of dates (Phoenix dactylifera L.) on ethanol-induced gastric ulcer in rats. J Ethnopharmacol. 2005 Apr 26;98(3):313-7)



CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MERAWAT GASTRIK

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Harga runcit bagi ESP ialah RM150. 
Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 


Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.


Harga runcit bagi Ostematrix ialah RM61. Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi


3) Peppermint Ginger Plus

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Harga runcit bagi Peppermint Ginger Plus ialah RM45. Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi

Apa kata pengguna?


Testimonial 1 


 Testimonial 2


Testimonial 3

Sekiranya anda sudah lama menderita penyakit gastrik, berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati mutu dan tahap kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk Shaklee.
Vitamin Shaklee semuanya dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi. Tak salah untuk mencubakan. Takkan nak biarkan sampai melarat pula. Renung-renungkan yer.


Jom hubungi saya untuk info lanjut :)



Promosi VIVIX Kembali

Well well well...Promosi Viviv sudah kembali. Sapa yang nak keihatan muda belia tu, inila masa yang paling sesuai untuk mula berVivix ye.
Saya turut mengamalkan Vivix ni. Waktu pagi minum sesudu vivix yang dicampur dengan air. Sebelum tidur sapu rata di muka buat masker. Bangun pagi feeling cantik gebus ala ala Ayu Raudhah giteww. Chewah ;-)


Tips Supaya Kekal Muda Remaja



Saya pasti kita mesti suka bila ada yang berkata begini kepada kita, "Eh umur akak dah 30 series rupanya. Tapi masih nampak sweet 17." Peerrgh mahu kembang semangkuk bila mendengarnya. Betul tak?

Kita juga pasti pernah terjumpa mereka yang sudah berusia tapi masih kelihatan muda dan cantik. Tak makan dek usia! Wajah muka masih elastik, segar berseri-seri. Umur nak masuk 50 tahun tapi tetap kelihatan seperti 20 an. Kita pasti teruja dan tertanya-tanya apakah rahsia anti penuaan dan awet muda mereka.

Sebenarnya tidak susah pun. Tak perlu cucuk sana cucuk sini pada wajah kita untuk kelihatan cantik dan muda. Kebiasaannya mereka yang kelihatan anti penuaan dan awet muda ni mengamalkan penjagaan kecantikan daripada usia muda. Kecantikan bukan untuk diabaikan. Ia perlu dijaga sebelum ia pudar dan hilang. Tambahan pula pada zaman penuh dengan pencemaran ini, proses penuaan berlaku dengan begitu pantas, dan memberi kesan bukan saja kepada penampilan, malah kesihatan secara amnya!

Ramai yang tersenyum lebar dan berpuas hati dengan mengamalkan tonik 'ajaib' ini. Amalkan Vivix Shaklee untuk anti penuaan awet muda. Vivix Shaklee juga mampu menghindari kita daripada pelbagai penyakit yang belum masanya seperti darah tinggi, penyakit jantung, parkinson, katarak, malah penyakit nyanyuk! Untuk info ramai orang muda zaman ini mengabaikan penjagaan kesihatan diri dan apabila umur mencecah 30 series sudah menghidapi pelbagai penyakit yang tak sepatutnya dihidapi di kala usia begini.


Oleh itu amat penting untuk kita menjaga keremajaan sel, agar terus sentiasa sihat, sekurang-kurangnya tidak mengalami penuaan sebelum masanya.

So, kalau nak tahu tentang Vivix dengan lebih lanjut, bleh click di bawah ini:

Pernah tak dengar perumpamaan  tak lekang dek panas,  tak lapuk dek hujan? Macam tu lah juga dengan kecantikan dan kesihatan. Jangan abaikan kesihatan dan kecantikan yang kita miliki ini terhakis sebelum tiba masanya. Kita nak berusia tapi tetap sihat dan kelihatan muda dari usia yang sebenar. Jadi kenalah ambil berat hal ini terutamanya kepada wanita. Kalau nak suami pandang kita sentiasa muda dan cantik amalkanlah Vivix Shaklee untuk anti penuaan dan awet muda. Jangan tunggu suami uols lihat dan ikut wanita cantik lain baru nak amalkan vivix! Masa tu nasi sudah menjadi bubur

Kalau interested nak membeli Vivix, boleh terus contact saya:

Monday 15 December 2014

Halal Shaklee


Halal Certificate





ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :)
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :)
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat tentang produk Shaklee atau membuat pesanan:










Promosi Beli 6 Free 1...

Sempena bulan Promosi Vitamin C ni...jom kita tengok kenapa ye Vitamin C Shaklee ni menjadi kegilaan orang ramai:

Testimoni Vitamin C
Fuh..menariks kan..ini selepas penggunaan sebotol Vitamin C Shaklee..bayangkan kalau kita menten guna kan...pingsan...
Best betul...

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C Shaklee boleh baca di sini


Set Pencuci Shaklee

EH, botol spray basic H Shaklee tu apa?
Inilah dia…
botol spray basic H Shaklee
Get Clean Botol Spray


Mudahkan nak guna basic H Shaklee lepas ni. Bancuh siap-siap ke dalam botol dan spray sahaja bila nak guna. Tak perlu nak bancuh setiap kali.
Get Clean Set

Set Get Home Clean dari Shaklee ini mengandungi :

Satu set ini hanya RM194 dan setiap satu produk boleh guna lebih dari sebulan. Ada yang sampai 3-4 bulan pun tak habis (tengok pada cara penggunaan). Guna sikit sahaja dah mencukupi untuk membersihkan.
Perbezaan produk cucian Shaklee ini, ia :
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Memang selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Tak risau lagi, kalau ada bayi yang terjilat lantai atau meja atau menggigit baju.
Jom tukar rumah anda kepada rumah yang lebih sihat dan selamat!!
Dapatkan segera!



Nyahkan Kolestrol Jahat

Kandungan Kolestrol Dalam Makanan
Tu dia...ce tengok makanan sedap2 kt atas tu... Sapa ada makanan breakfast/lunch/dinner dia kat sini...sila angkat tangan...

hahaaa...macam semua makanan i je kat situ. Kalau nak tahu, nombor2 di sebelah pic tu ialah kandungan KOLESTROL dalam makanan tersebut.

Ala...miligram je pon kan...bukan banyak mana...tap imajin bila makan everday...mau tak lama2 jadi bukit kan.

So, its no wonder 6 juta rakyat Malaysia adalah dalam kategori overweight. Banyak masalah kalau berkait dengan overweight ni...heart problem, fatty liver juz to name a few.
Tapi...kolestrol ni ada yang BAIK and ada yang JAHAT tau. Kita nak yang BAIK tu, yang JAHAT kita buang. 
Nak tahu macam mana?
Shaklee memang boleh tolong..tapi kita perlu jugak tolong diri sendiri kan...

Ok..jom kita belajar buang kolestrol JAHAT ni k

Tadaaaa....introducing...

SET KOLESTROL SHAKLEE

Set Kolestrol Shaklee


Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL.

Vita-C – vitamn C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri.

Phytocol - membantu penyerapan kolestrol.

1. Phytocol 
Phytocol-St keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Phytocol-ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh.
Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah:


  • Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Halal
  • Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet
2. Omega Guard
Produk Omega Guard dari Shaklee ini mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang merupakan asid lemak yang ditemui dalam ikan laut dalam. Haa, kenapa ikan laut dalam? 
Kerana ikan dari sini mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA.

3. Garlic Plus
Setiap tablet Garlic Shaklee ini dibuat daripada baang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.

Lepas tu, Garlic Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.

Lagi best, Garlic Shaklee ni ade perisa.Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). 

Bukan itu aje, Garlic Shaklee juga mengandungi vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.

Jadi, setiap 2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen iaitu bersamaan dengan 2 ulas garlic segar.

4. Vitamin C
Shaklee Sustained Release Vita-C™ Plus berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

Interested untuk mencuba? Jom!